Friday, February 5, 2010

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat : Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
  • Makan secara sihat (bkn 3 pinggan skaligus yea..)

  • Tidak merokok

  • Lakukan aktiviti fizikal

  • Belajar menangani stress (if stress jugak..jerit kuat2 .....then okes kot..senyum juga adalah salah satu cara tangani stress...kot laa..)


Faedah cara hidup sihat:

  • Meningkatkan status kesihatan anda

  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.

  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik

  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

  • Makan Secara Sihat

  • Nikmati pelbagai jenis makanan

  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)

  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

sumber : KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: