Salleh dan Salmi pasangan suami isteri yang selalu bertengkar walaupun masalah kecil. Satu hari mereka berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Oleh kerana masing-masing ego dan tidak mahu mengalah mereka hanya menggunakan tulisan sebagai perantaraan komunikasi. Pada suatu malam sebelum tidur, Salleh menulis sekeping nota untuk Salmi berbunyi, "Kejutkan saya jam enam pagi esok. Saya ada mesyuarat."
Keesokan harinya, Salleh mengamuk kerana bangun lewat.Semasa mencari Salmi untuk memarahinya, dia terjumpa sekeping nota berbunyi, "Abang,bangun cepat. Dah pukul enam pagi. Karang terlambat pulak....
erm...cuba fikir dimana silapnya....
psst : ni dari cter yang aku amek dr Motivasi Kasih-Dr. HM Tuah Iskandar
No comments:
Post a Comment