Friday, April 30, 2010

Pemergian Seorang Sahabat.......=(

Pelajar maut dilanggar pemandu mabuk
2010/04/23

GEORGETOWN: Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang lelaki yang dalam keadaan mabuk di Jalan Kelawei, di sini, hari ini.

Mangsa Mohamad Haseenullah Wahibul Ameen, 24, yang dalam perjalanan dari Tanjung Tokong menghala ke pusat bandar sedang menunggang motosikal dan dirempuh oleh sebuah kereta yang melencong masuk ke jalan bertentangan. Ketua Turus Trafik Pulau Pinang, DSP Wari Kiew, berkata mangsa dirempuh dari arah hadapan oleh seorang lelaki berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Honda Civic dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala. Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mabuk dan berada di bawah pengaruh akhohol yang tinggi.

"Siasatan dijalankan untuk mengenalpasti kejadian sebenar kerana ia turut membabitkan beberapa kenderaan lain dan suspek ditahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara lebih 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Wari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat dan pihaknya akan memanggil beberapa saksi kejadian untuk siasatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Cif Inspektor Rahim Din di talian 04-2181822 atau 019-5468658. - Bernama

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarmautdilanggarpemandumabuk/Article

pembetulan bagi artikel ni adalah...Mangsa Mohamad Haseenullah Wahibul adalah bekas pelajar Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang, dalam perjalanan untuk ke tempat kerja Intel, Kulim..
aku perasan artikel ni selepas beberapa hari arwah meninggal..pada 23/4/2010 jam 12.10 aku dapat sms dari senior poly maklumkan salah seorang sahabat telah pulang ke Rahmatullah...aku dan kawan aku terus ke hospital penang tapi mayat dah dihantar ke Batu Feringhi..kami beramai2 ke sana menziarahi arwah untuk kali terakhir..sebak sangat2...rasa..sebab nye sehari sebelum arwah kejadian menimpa arwah da mesej tanya khabar, siap pesan untuk aku jaga diri jangan lupa makan ubat..heran la jugak arwah tetba mesej..dahtu hari tu aku dapat berita kemalangan yang meragut nyawa...memang sebak bila aku bukak penutup mata arwah masa kekwan perempuan semua datang ziarah...aku lihat arwah tenang mcm ngah tido..rasa nak kejut jaa...jgn laa memaen cmni...sungguh aku tak tabah sangat bdepan ngan prkara ni...aku rasa bersalah sangat sebab tak berkumpul masa gathering ngan semua perwakilan pelajar...Jawatankuasa Perwakilan Pelajar/ MPP poly dah macam saudara semua macam family dah...saling amek berat antara satu sama lain...bantu membantu...yang penting semua happening jaa...walau dah abes belajar kami semua senantiasa bsama...adakan program dan sebagainya...mngerat kan lagi ukhwah antara yang lama dan baru...yang jauh didekat2kan...apa pun mudah-mudahan arwah ditempatkan disamping orang yang beriman...Amin...

- maaflaa aku akhir2 ni tak sempat update blog...agak sukar nak terima kenyataan sampai lani masih tersisa kesedihan...pabila kehilangan sahabat yang senantiasa membantu dan beri sokongan...cuba untuk bangkit sekarang terima hakikat n teruskan impian n harapan...

Wednesday, April 21, 2010

volcano ohhh volcano

disebabkan volcano kt luar negara bos aku nyer flight delay until a week...tapi kerja tetap jalan okay...erm..tu laa kan sesuatu yang kita pun tak leh jangka nak jadik...

bila tengok gamba sal volcano ni cam rso lak kan...huhu...selamat laa bumi Malaysia ni setakat ni alhamdulillah kan....so sebab bencana alam ni semua international airport ditutup dan segala penerbangan ditunda masa ni....

cuma terasa rindu lak kat sorang member aku yang tak leh balik malaysia g...coz volcano neh...wawaaaa...cian dia...takpe sabar je eh saira....oops Dr.saira... =p takpe saira sabar nye after this we can hang out together...
camni sebenarnya...aku ni tataw pe laa info aku nak publish neh...hohoh...sat melalut je lbh ...azie oo azie...dah2...sket2 melalut dah...okeslaa nanti laa aku cari info ke ke tcetusnye idea ke kan..barulah aku publish ea....

Semoga Achik damai di sana...


Saat bahagia Achik dan Tasha ketika menyambut kelahiran, Putri Salfiah dua tahun lalu.


SEBILANGAN besar daripada kita menyifatkan pemergian penyanyi muda, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, dalam kemalangan di KM14.7 Lebuhraya Kajang-Seremban, Sabtu lalu sesuatu yang amat menyedihkan.

Hayat Achik sudah ditakdirkan Allah berakhir dalam situasi begitu. Kita yang mengenalinya dari jauh hanya sekadar mampu berdoa memohon Ilahi menempatkan Allahyarham di sisi orang-orang yang beriman.

Ketika ini juga, orang yang paling sedih pastinya isteri Achik, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 26 atau lebih mesra disapa sebagai Tasha.

Kepada Tasha, Achik bukan hanya pergi membawa cinta yang mereka semai selama ini, tetapi Allahyarham pergi membawa bersama perjuangan dan pengorbanan yang terlalu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Tasha punya sebab untuk merasa sugul kerana suami yang selama ini menjadi pelindung kepada dia dan dua orang anak mereka, Putri Salfiah,2, dan Putri Nursumaiyyah,10 bulan, tidak akan kembali lagi untuk terus menganyam buih-buih cinta.

Masih jelas melekat di fikiran Tasha perbualan terakhir dengan Allahyarham kira-kira setengah jam sebelum mereka bercerai mati.

Dalam perbualan itu, Achik kata Tasha, beria-ia mahu membawa dia dan anak-anak mereka menghabiskan masa bersama.

"Allahyarham bercadang membawa kami keluar berjalan-jalan. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, saya mendapat satu panggilan telefon mengatakan suami saya itu terbabit dalam kemalangan jalanraya dan sudah meninggal dunia," katanya yang merasakan dunia di sekelilingnya gelap gelita kala mendapat berita sedih itu.

Kesayuan dan kesedihan Tasha tambah berganda bila mengenangkan suaminya yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas jauh di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Allahyarham Achik dari kaca mata Tasha merupakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan meletakkan keluarga sebagai keutamaannya.

Kesediaan Achik berulang alik antara Ampangan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari rezeki sudah cukup untuk menggambarkan Allahyarham tidak pernah mengabaikan isteri dan anak-anak.

Achik menghembuskan nafas terakhir dalam kecelakaan jalanraya selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum susur keluar Pajam arah selatan Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Achik meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh setelah melepasi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang dan dua kilometer sebelum susur keluar Pajam, arah selatan.

Allahyarham cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan lain selepas MPV Toyota Estima dipandunya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda susur keluar Pajam

Achik sebelum itu muncul dalam rancangan Gah 1 yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.

Bagaikan sudah tahu yang dia bakal menemui ajal, Achik beberapa kali berpesan kepada isterinya supaya menonton rancangan tersebut.

"Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur dia berpesan kepada saya supaya jangan lupa menonton rancangan Gah 1 bersama anak-anak kami. Saya tidak sangka, itu rancangan TV terakhirnya yang kami sekeluarga tonton," katanya ketika ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan tempat jenazah Allahyarham suaminya disemadikan.

Sambil mengesat air matanya, Tasha juga menceritakan bahawa Allahyarham merancang untuk mengecat rumah yang baru didiaminya sejak kira-kira seminggu lalu di Taman Desa Rose, Ampangan yang sepatutnya dilakukan Ahad lalu.

Kesedihan dan kepiluan turut dirasakan oleh seorang teman Achik yang berada bersama-sama Allahyarham dua jam sebelum takdir ini berlaku.

Apa yang menyentuh emosi Fatul Rahim Salim atau Amy yang juga Pengurus Promosi di syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) ialah sebelum masing-masing berpisah untuk pulang selepas selesai tugas di RTM, Allahyarham memberikan lambaian buatnya.

Pada pemahamam Amy, lambaian Achik itu saling tidak ubah seperti lambaian yang lazimnya diberikan oleh orang lain sebelum berpisah. Namun, tidak pula terfikir lambaian itu yang terakhir daripada seorang artis yang pernah diuruskannya.

Sehingga ke akhir hayat Achik, penyanyi kumpulan pop rock itu dan Amy, cukup rapat dan hubungan mereka sangat akrab dan sudah seperti abang dan adik sejak mereka sama-sama terlibat dalam industri muzik lebih sedekad yang lalu.

"Selepas habis siaran langsung rancangan Gah 1 yang dijayakan Achik dan Nana di Wisma TV, Angkasapuri, saya dan Allahyarham berjalan bersama-sama menuju ke kereta kami yang diletakkan di kawasan parkir di situ.

Lambaian terakhir

"Sewaktu menuju ke keretanya, arwah sempat melambai-lambaikan tangannya kepada saya. Sebelum ini, dia tidak pernah berbuat begitu. Saya tidak sangka itu adalah lambaian terakhirnya kepada saya," kata Amy dalam nada sebak kepada Hits sewaktu ditemui di Makam Haji Mohd. Said, Ampangan, Negeri Sembilan sejurus selepas majlis pengkebumian Achik Ahad lalu.

Sifat luar biasa Achik bagaimanapun, disedari Amy sebelum siaran langsung Gah 1 apabila dia banyak berbual dan bertegur sapa dengan para krew RTM yang menjayakan siaran langsung rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah lihat dia (Allahyarham) macam itu sebelum ini. Bukan itu sahaja, pada awal pertemuan kami di Angkasapuri pada petang tersebut, arwah panggil saya dengan menyebut nama penuh saya iaitu Fatul Rahim.

"Ini juga tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sebelum ini, arwah hanya panggil saya Abang Amy sahaja. Saya tidak menyangka itu mungkin tanda arwah mahu meninggalkan kita selama-lamanya," ujarnya lagi.

Dalam Gah 1 tempoh hari, Allahyarham menyanyikan lagu secara solo berjudul Kau Yang Ku Cinta dan berduet dengan Siti Nordiana atau nama dalam lagu Mencari Ketenangan.

Menurut Amy, sepanjang lebih 10 tahun menguruskan aktiviti nyanyian Achik, dia tidak menghadapi masalah, sebaliknya Allahyaraham merupakan seorang yang mudah menerima teguran dan sentiasa memberi kerjasama kepadanya.

"Bagi saya, Achik antara artis di FMC yang mudah untuk saya uruskan. Saya kenal dia hampir 11 tahun lalu dan hubungan kami bukan lagi seperti pengurus promosi dan artis, bahkan kami sudah seperti adik beradik," ujar Amy menjelaskan hubungan akrab beliau dengan Allahyarham.

Kini Amy tidak punya ruang atau kesempatan untuk melalui semua itu dengan Achik lagi. Bukan saja Amy bahkan isteri Allahyarham, Tasha dan dua orang anaknya juga harus menerima apa yang sudah ditentukan oleh Ilahi dengan reda.

Itulah perjanjian antara Abdillah Murad Md. Shari atau Achik dengan Allah.

Tiada siapa di antara kita yang boleh mempersoalkan ketentuan ini kerana sebagai umat Islam kita harus akur dan reda bahawa ajal dan maut adalah kerja Allah.

Buat Achik, kami pasti akan merinduimu. Damailah kamu di sana wahai sahabat. Semoga Allah akan mencucuri rahmat ke atasmu. Al-Fatihah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

psst: sedih je bila baca n taw sal ni...dapat tau pun masa kat umah pas keja...ingat dorg saja je...alih betoi..huhuhu.. =(

Monday, April 19, 2010

pemergian....

tetiba ja sejak menjak ni kerinduan aku makin ketara bila aku terasa sungguh rindu pada seseorang....arwah tok aku..sedih lak bila dikenang walau aku tau kita yang hidup ni kenalaa senantiasa mendoakan mereka disana..terkilan rasanya bila mna aku tak dapat pulang kekedah masa tu...1mei2009...malam tu memang aku tak bleh nak tdo..tapi aku tataw nape..rasa macam tak sedap hati jaa...aku cuba ulangkaji SAD system analysis design ngn stat math..ntah memang tak bleh nk fokus...aku cuma leh wat kira2 math jaa...then kol 1.30 pagi, abg aku kol tanya khabar n asal adik dia neh tak tido2 g time neh...(memang rasa semacam sungguh...tapi epy laa coz de gak yang kol saat aku tak sedap hati..) then dalam pukul 2.10 pagi..aku terima skali lagi panggilan...panggilan yang disertai esan tangis...sedu....dan ianya memang membuatkan aku sendiri kaku..kaku tanpa kata dan klakuan aku pun kaku..setelah sejam berlalu barulaa aku sedar yang aku telah kehilangan orang yang aku sayang...tok aku... =(....time tu juga aku mcm tataw nak buat apa....ntah..macam terbantut je dan pgerakan aku pun tbatas...aku cuba kol mak cik aku....then aku try book flight untuk pg tu....alahai...semuanya SOLD OUT...lepas je aku solat subuh aku macam blur lagi..aku siapkan sarapan untuk dak2 umah..nasik goreng n minuman..then aku duduk je...ntah naper...kebetulan housmate aku ni bangun n tkejut bila aku sampaikan berita tu...dia suh aku siap2...ktorang g stesen bas...tapii...bas pun tiket sold out...macam blur + sedih...terimbau kembali saat aku pulang kekampung sebelum ni...memang arwah berkelakuan pelik jaa...asyik pandang aku n senyum jaa....


aku: awat tok dok tengok2 akak ni...?? malulaa akak camni..(seloroh aku)


arwah: senyum jaa sambil pegang kain...(pandang ja cucu dia ni..)


tak sangka tu laa kali terakhir aku bgurau senda , gelak tawa ngan arwah...saat aku betul2 rasa nak sangat2 balik kampung ...tulaa pertemuan terakhir aku...apapun aku doakan arwah tenang di sna...

sekali lagi aku terkejut...buat kali kedua pada hari yang sama...tatkala mendapat berita kematian salah sorang sepupu aku ni pelajar uitm shah alam...xcident naik kereta di klang...(tak terucap langsung pkataan dari bibir aku masa tu...hanya air mata yang jatuh...macam baru ja semalam aku bersembang gurau2 ngan arwah...ntahlaa masa sama hari sama aku kehilangan dua insan yang berada dalam hidup aku ni...so sad....until now...tapi kita yang masih hidup ni kena teruskan khidupan .....


Sharifah Nabila....

terasa sedih bila tdengar lagu ni...



[Ya Rasulullah...]
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira'
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Dan tibalah waktu ajal bertemu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia 'kan mati akhirnya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Ahad lepas....erm memang besh ah..aku dapat bkenalan ngan sebuah family ni kat kulim...mak cik, pak cik, Dr. Ina n anak dia..haha pertemuan yang tak plan pun kebetulan kot, nak hantar dorang g kulim time tu ngan member aku...alih2 aku ni yang tak mengenali mereka scra tak langsung mngenali n macam laa peptah "tak kenal maka tak cinta" " tak jumpa maka tak taw"...lbh2 lak aku..haha...tp aritu memang besh ahh...layanan pun mesra alam je kan...thanks yea...especially mak cik ..yang treat aku mcm anak dia jaa....sayu lak rasa hati ni nak balik time mak cik peluk aku n jemput family aku ke sana...sedey nyaa...(muka mak cik n pak cik pun cam sedey jerk..)pepun thanks kat member aku neh...walaupun tak plan pepun scara kebetulan tapi syukur semua bjalan ngan lancar..n aku pun dah tpikat ngan mak cik n pak cik...(da mcm jdik kluarga laks) =p mana tak nye betoi2 rasa slesa bila mak cik pegang aku...haha..aku pun tataw nape...tambah2 bila mak cik melawak ngan aku n masuk sembang2 kt bilik time aku dok terkial2 cari mne laa arah kiblat neh...alahai..pepun maseh na mak cik..mak cik masak sedap laa...hehe..erm..kan scara tak langsung eratkan ukhwah sesama saudara kan...

then balik aku n liau sempat g tesco beli bahan2 nak masak....sambil2 aku layan aiskrim mcd..ohh noo..ble lak laa aku layan aiskrim mcd neh....taw2 je aku sedang memegang plastic spoon tu..aiyakkk....

Sunday, April 18, 2010

pagi =2 lagi aku da siap2 temankan ma g pasar beli bebarang...then sempat g tesco extra lak nak beli sket g barang....adoiiyaii memang agak kpanasan sket rini...balik je umah de tamu lak datang walau agak penat tamu WAJIB dilayan kan...so today kami ...aku ,mama,k.ipar tolong2 kat dapur bkn apa....tolong kemas2 apa yang patut...kira hari ni wat tom yamlaa...yum2...memanglaa sat ja pun tak lama mana tapi bcoz of we late...dahlaa balik dari tesco dah nak kol 2 ptg..so agak kelam kabutlaa sket kan..nak kemas2 la..itulaa inilaa...
malam lak syok plak dah layan crita "Hantu kek" hehe memang pelik aa tajuk tapi aisey memang besh aa sebabnya aku pun salah sorang pggemar cup cake neh....bukan ske makan tapi mmg ter "xcited nak blajar design comei2 tu...ahaks...spe laa nak jadik sifu aku ni.....ye2 je aku ni..hehe....

okeslaa .. t laa len kali aku trasa free akan aku masukkan pict cuppies yang de nama aku...actually tu gift dari kak lisa...time kat dept lama dulu...memang comei n syg lak aku nak makan...kalau tak salah aku aku tamo makan ...nak simpan je..hehe...siap kna ugut..kalau aku tamo makan t dorang makan yg de nama aku nye ru taw... =p..
da ngantuk lak dah k laa......daaa....

Thursday, April 15, 2010

memory cuti2 chinese new year

masa ni dok belek2 foto barula pasan yang ada kenangan percutian sempena tahun baru cina tahun ni...aku,adik,abg n k.ipar jalan2 g Jitra umah mak ndak aku...memang laa macam2 program lak yang sempat kami lakukan hehe....pepun memang besh aa...kali ni...

ni gambar adik n abg aku dengan cousin aku yang paling comei ni... =p....time makan dialaa yang laju..isk3...takpe2 comei nye pasal kan...

ni la mak ndak aku yang dari dulu mmg femes ngan paggilan dia...k.ida masa aku kecik2...hehe...skunk ni dah bakal nek pangkat jadik tok....alahai tok muda a.k.a nanny...

ni kak ipar ngan abang aku..time ni kak ipar aku ngandung 4 bulan..skrang ni dah masuk 6 bulan...cepat tol masa berlalu..alamaks...aku pasni jadik mak ngah laa...eh silap auntie okes...ngeh3... alahai..basah aku time ni gara2 anish...danish neh dalam dok takot2 pepatung tu..ni lak masa kitorang = aku, keluarga pak ndak, syada n yusra....ni kat tasik jitra....kami p waktu petang memang best sebab kami pilih bot kayuh tu ala2 basikal gitu....3 buah..then kami combined tiga2 ngan tangan pegang bot 1 sama lain..."Pe yang penting kerjasama"

wah2....sweet gitu....memangla lawak bila bot kami berlanggar ngan pulau2 kecik n pokok2 yang ada...kaki pun dah penat mengayuh sempat lagi senyum gelak2...memang riuhlaa semua pakat tengok ja kami time tu..happening sungguhlaa....walau penat tapi best sebab ianya juga adalah sebahagian dari senaman kan...senaman kaki...ehehe....
nilaa kenangan sebelum kami naek ke darat..hehe...gayat gak laa cam blur2 sket...pning lalat oo

alolo....tomeinyaaa dia...time ni aku agak Dini Qistina Auliya a.k.a dini da letih n ngantuk tapi rupanya tak...sempat g maen kejar2 ngan arnab...pas letak ja botol..abeslaa ngan layang + arnab...n bubble....tak larat da nak ngejar ...last2 arnab tu lak yg kejar aku..hohoh....

Finally....ni laa yang sempat aku abadikan dalam fon aku...kenangan masa cuti2 ngan sedara mara baru2 ni...luv u all...^_^

psst: patotnye petang tu kami da bertolak balik ke penang alih2 kansel lak....gara2 kpenatan n ketiduran....so postpone balik keesokan pagi...