Wednesday, February 10, 2010

Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya .....
Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.

Dinilai daripada adab, dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang, tidak ada manusia jalang.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.
Hari ni p keja macam besa...sblm lunch dah settle kja sblm ni...huh lega...tggal nk submit jer..lpas lunch ngan penuh bsemangat aku pulun nk settle kan 1 kja ni ...alih2 bila nk save...tettttttttt.....blackout....waaaaaaaaaa.....epynye, rse camne ntah....abes dokumen aku ilang.....aisey....kuar je dr bilik aku tgk2...Dr.asrul, Dr.azmi pn alami menda yang sama hehe....hengatkan aku ja sorang yang khilangan kja...lastly pkat staff n student pn balik awai..gara2 blackout nye pasal...

erm dlm dok on da way nk balik...singgah jap shell...time isi minyak de laa bro neh..park blkng moto aku...tp aku dh konker pam tu awai2..haha...sempat g tnya bleh kaa..pam moto dia..coz moto aku mmg mnguasai tempat pam tu..heee....(xreti2 nk alih lak tu)...
alih2 mamat tu lak yg tanya 1soklan..

mamat : erm..ni dok tang mana..??
aku : erm..dok kat umah...(ngan gaya ala2 ayu + slumberland + dunnoland mnjwb dgn ayat poyo jerk..hikhik...)
mamat: eh..betul2 laa....ish..ni dok sg.pinang ka jelutong ka...ka area2 sni ni??
aku : erm..lor betul laa dok umah lew...bsungguh2 aku jwb (amek ko...haha...dgn slumber cepat je aku blah...aku pn x knal dia kn..)
sempat laa sbelum blah mamat tu pesan....taw2 je dia aku nk lari..heee
mamat : nanti kim salam mak ayah yew...(haha yoyo oo jew..)

then balik aku de discussion ngan uncle chia n aunty...sambil2 sembang ngan dorang sal keja cket...haha knon2 rajin lew neh(discuss ler sgt kan..)...pastu truslaa balik umah....tu lew alkesahnye..

Monday, February 8, 2010

Enam sekeluarga rentung


SEREMBAN: Polis mengenal pasti enam mangsa sekeluarga yang rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang menghala ke Selatan dekat sini, pagi tadi. Mereka ialah Pengarah Urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41; isterinya Nor Fadilah Senin, 32; serta empat orang anak mereka, Nurul Natashahuda, 11; Mohd Daniel Iskandar, 10; Mohd Hanif Iman, 6; dan Adi Putra, 2.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah berkata, mayat kesemua mangsa dituntut keluarga mereka hari ini untuk dibawa ke rumah keluarga di Kampung Bukit Pegoh, Pernu, Melaka dan dijangka dikebumikan hari ini.


Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 pagi itu, keenam-enam mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dipercayai terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di tepi lebuh raya. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja''afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Senawang hanya dapat mengeluarkan mangsa kira-kira tiga jam kemudian selepas sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler bagi mengeluarkan mangsa yang terperosok di dalam kereta yang hangus di bawah treler. Sementara itu, bapa saudara Allahyarham Suhaimi, Nowawi Johari, 60, yang ditemui di bilik mayat HTJS berkata beliau mendapat berita itu apabila salah seorang kakitangan Fadhilat Herbs menghubunginya pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. "Mereka sekeluarga bertolak dari Melaka untuk bercuti dan berjumpa stokis di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada Sabtu lalu, dan kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka. "Kemalangan itu sungguh menyayat hati kerana yang meninggal dunia membabitkan Suhaimi, isteri dan kesemua empat anak mereka. Kali terakhir saya jumpa arwah Suhaimi Jumaat lalu," kata beliau.

Allahyarham Suhaimi adalah pengasas dan pengarah urusan Fadhilat Herbs Sdn Bhd, manakala isterinya adalah pengarah kewangan syarikat itu. Kilang syarikat itu yang mempunyai 35 orang petugas, terletak di Teluk Mas, Melaka dan beroperasi sejak dua tahun lalu. Pengurus pentadbiran syarikat itu, Siti Aishah Senin, 25, berkata Allahyarham Suhaimi dan isterinya sangat rapat dengan pekerja mereka. -Bernama



psst: tetbe bila tbace memberi keinsafan buat diriku ni...erm...takziah...Al-Fathihah buat mereka..Amin....~
hari ni, bmula laa hari kerja...kerja..ooo kerja...tp hari ni..kerja aku makin menimbun la plak dah...tp alhamdulillah td sebelum balik aku sempat submit..hehe....dispensing translation tu..pergh makan masa gak laa nk settlekan disebalik keja2 laen lagik..pepown menda2 tu yang ngajar aku slama ni..idak taklaa aku taw selok belok kerja neh kan..kan...dismping dapat ngajar bahasa melayu kat postgrad smbil2 tu leh laa manfaatkan tuk diri aku meng"improve" kan english aku...sempatlaa bila abes opis hour aku jd tutor tuk dorg...sjar sket....
alhamdulillah jugak bcoz hari ni aku dapat 1 brita yang menghepykan aku..ape yer??? hahaha ader ler...ni soal kerja gak...erm....penat lelah akhirnya ni yang menanti...so leh laa aku mulakan perancangan utk smbung study ...yahoooo....mudah-mudahan plan kali ni bjaya...aku nk tamatkan apa yg blom aku tamatkan...kalo bleh takmo laa biar sekerat jalan...mcm tak bpe cun jer kan...
kekadang sesuatu membuatkan aku tpikir something...tapi tak pe la kan...kesabaran dan ketabahan yang membolehkan seseorang untuk bangkit dan mgharungi sgala onak duri liku2 khidupan neh kan...(aisey..ayat bpujangga la plak..)...
haaa...lupa lak penemuan terbaru aku kali ni...html code...menda ni byk dh aku dh lupa.....wawaa...dh ilang igatan subjek neh...so aku kna laa mula merajinkan diri utk mendalami menda2 neh balik...uhuhu...(ni kes dh lme tak wat programming aa neh..)..
okay ler...aku nk post entry 1 lg...taraa.... ^_^

Dropbox – Selaraskan Dokumen Pada Windows, OS X, dan Linux

Dropbox – Selaraskan Dokumen Pada Windows, OS X, dan Linux

Friday, February 5, 2010

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat : Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:
  • Makan secara sihat (bkn 3 pinggan skaligus yea..)

  • Tidak merokok

  • Lakukan aktiviti fizikal

  • Belajar menangani stress (if stress jugak..jerit kuat2 .....then okes kot..senyum juga adalah salah satu cara tangani stress...kot laa..)


Faedah cara hidup sihat:

  • Meningkatkan status kesihatan anda

  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.

  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik

  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

  • Makan Secara Sihat

  • Nikmati pelbagai jenis makanan

  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)

  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

sumber : KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia